Sekalung Penghargaan diucapkan kepada VANGUARD (Pasukan Softball Kolej Tun Perak) kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam Kejohanan Softball Inter Kolej UPM 2009. Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:

Pasukan Lelaki : Poyok (Pengurus), Al, Kemba, Kembi, Colok, Mangkuk, Toyol, Atoi, Maimun, Baragas, Kapo, Raju

Pasukan Wanita : Farah (Pengurus), Aishi, Jurek, Lily, Achik, Tirah, Tikah, Fad, Imah, Ija, Syud, Reha, Melin, Soleh

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang saya mengambil alih tugasan jurulatih awal tahun ini.

Untuk pengetahuan, terdapat beberapa pemain sahaja yang pernah bermain untuk tahun lepas, selainnya hanya baru sahaja bergelumang dalam arena ini. Tetapi semangat yang telah ditunjukkan oleh mereka meletakkan mereka pada satu tahap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang lain.

Di sini ingin saya ingatkan kepada semua serta diri saya sendiri, untuk berjaya perlu adanya usaha. Tanpa usaha apa yang kita inginkan hanya sekadar mimpi. Tetapi usaha sahaja tidak cukup, perlu diiringi dengan doa serta disiplin dan komitmen yang jitu seperti mana yang saya telah lakukan kepada pasukan sofbol ini. Saya tidak mementingkan pengalaman lalu sebagai tiket untuk bermain sebagai pemain utama dalam pasukan. Saya pernah berkata:

Saya akan turunkan pemain yang boleh menunjukkan DISIPLIN dan KOMITMEN yang tinggi sepanjang latihan walaupun dia tidak pandai bermain langsung“.

Saya cabar mereka, kenapa? Sebab disiplin dan komitmen adalah asas kepada usaha, setiap yang diusahakan pasti akan ada hasilnya. Buktinya, mereka bukan sahaja boleh main sofbol tetapi kemahiran yang diperolehi melebihi dari apa yang sepatutnya mereka dapat, malah lebih dari itu mereka dapat memberikan tentangan yang sengit dalam setiap perlawanan. Insya Allah, dengan apa yang ditunjukkan oleh mereka saya yakin tidak mustahil Kolej Tun Perak akan menjadi juara tahun hadapan.

Untuk pemain sofbol, banyak perkara yang telah anda pelajari sepanjang saya mengendalikan sesi latihan. Ambil perkara yang positif dan jadikan asa dalam kehidupan, yang negatif jangan dibuang tetapi jadikan pengajaran dan petunjuk agar kita sentiasa berada di landasan yang betul dalam perjuangan sebagai seorang mahasiswa.

Harapan saya agar pasukan yang saya bimbing dapat memberikan sesuatu kepada perkembangan sukan ini di Universiti Putra Malaysia khususnya, dan di negara kita amnya. Jadikanlah permainan ini sebagai permainan di waktu petang dan perbaiki apa yang dirasakan perlu.

Insya Allah, saya akan usahakan t-shirt yang dipersetujui semua.

Sekian…

Perjuangan Masih Belum Selesai

- champion 2010 is our target -

Advertisement