Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya dapat lagi kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap perbuatan, terlanjur bicara dan juga andai kata setiap apa yang saya lakukan tidak menyenangkan hati semua pihak. Di bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita menghayati semangat Ramadan yang baru sahaja berlalu dengan penuh hikmah dan keberkatannya di samping kegembiraan yang dikecapi pada hari raya ini, diharapkan sahabat-sahabat semua beroleh sesuatu yang bermanfaat dan berguna di dunia dan di akhirat.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.